Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
12.08.18 - 2 wanita asing diberkas


BRUNEI MUARA, Rabu 12 Sept - Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah berjaya membongkar aktiviti dan kegiatan yang tidak bermoral.

Serbuan yang dijalankan tersebut telah berhasil memberkas 2 orang wanita warga asing di dalam sebuah bilik penginapan di sebuah rumah sewa dikawasan Kg Bunut dipercayai terlibat menawarkan kegiatan khidmat seks.

Semasa serbuan tersebut Pihak Polis telah menemukan beberapa bahan bukti seperti beberapa kepingan kondom dan wang tunai di lokasi kejadian dipercayai untuk tujuan kegiatan tersebut.

Suspek wanita bernama Zhang Xuemei berumur 30 tahun dan Caiying Chen 32 tahun, kedua-duanya warganegara China menggunakan pas pelawat bagi memasuki negara ini. Kedua suspek dan semua bahan bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.


Dikeluarkan oleh :
Unit Perhubungan Awam
Pasukan Polis Diraja Brunei
Attachments