Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
13.09.18 - Hukuman penjara akibat menipu


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 13 Sept - Berikutan tangkapan Balai Polis Pusat terhadap seorang lelaki tempatan yang menghadapi 3 pertuduhan melibatkan penipuan telah pun mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman 16 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Momin bin Jerudin, 58, mengaku bersalah di hadapan Majistret Noor Amalina b. DP Hj Alaihuddin atas 3 dakwaan iaitu dibawah seksyen 420 Menipu, seksyen 403 Pelesapan Harta secara tidak jujur dan seksyen 34 , Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang telah dilaporkan berlaku di kawasan Kiulap, BSB pada 30 Ogos 2018 yang lalu.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini dan Pasukan Polis juga akan berusaha memantau dan seterusnya mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang dilakukan untuk dihadapkan ke muka pengadilan untuk dijalankan perbicaraan serta hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan.


Dikeluarkan oleh :
Unit Perhubungan Awam
Pasukan Polis Diraja Brunei


Attachments