Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
13.09.18 - Pembantu rumah dijatuhkan hukuman


BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Berikutan laporan yang diterima di Balai Polis Pusat, seorang pembantu rumah warga negara Indonesia telah ditahan dan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada hari ini bagi penetapan hukuman.

Tertuduh Pipih, 33 tahun mengaku bersalah dihadapan Pemangku Ketua Majistret, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar di atas pertuduhan dibawah seksyen 381 (Curi Sebagai Pekerja) Akta Kanun Hukuam Jenayah Penggal 22 dan dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan bermula tarikh penahanan pada 21 Ogos 2018.

Hasil siasatan pihak Polis dan telah berjaya menemukan kembali barangan yang dicuri iaitu tiga telefon bimbit, jam tangan, kamera, gelang dan barang-barang kemas.

Pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.

Dikeluarkan oleh :
Unit Perhubungan Awam
Pasukan Polis Diraja Brunei
Attachments