Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI SEPADU TIGA (3) SERANGKAI


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 9 Okt - Agensi Penguatkuasa Undang-Undang yang diketuai oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan kerjasama Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Unit Operasi Laut/Darat Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah melaksanakan Operasi Sepadu Tiga (3) Serangkai semalam.

Operasi tersebut tertumpu di kawasan perairan Sungai Brunei dan kawasan- kawasan yang dipercayai ada menjalankan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan.

Objektif utama Operasi Tiga (3) Serangkai di jalankan bukan sahaja bertujuan sebagai langkah proaktif pencegahan bahkan ianya juga bagi mengesan sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan yang berlaku diperairan Negara Brunei Darussalam.



Dalam operasi yang dijalankan semalam telah berjaya mengagalkan cubaan penyeludupan barangan tegahan dan telah merampas sebanyak 1,148 karton rokok pelbagai jenis dan 1 karton x 24 tin minuman keras.

Kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Operasi sepadu sedemikian akan sentiasa kerap dikendalikan dan akan mengingatkan kepada orang ramai bahawa pihak penguatkuasa tidak akan teragak-agak dan akan mengambil tindakan tegas bagi sebarang individu yang didapati melanggar dan tidak mematuhi peraturan di negara ini.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
Attachments