Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
WASPADA MENYAMAR SEBAGAI ANGGOTA POLIS

BRUNEI MUARA, Rabu 10 Okt - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin memaklumkan kepada orang ramai berhubung penglibatan seorang lelaki dipercayai mengaku sebagai seorang anggota penguatkuasa undang-undang dengan memperdaya orang ramai bagi tujuan penipuan.


Adapun Modus Operandi ataupun cara penipuan dilakukan melalui penyamaran dengan mengenalkan diri sebagai seorang anggota Polis dan seterusnya mengambil tindakan saman ke atas mangsanya. Mangsa juga akan di berikan resit pengesahan iaitu saman palsu bagi mengaburi kegiatan penipuan yang di jalankan.

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin mengingatkan kepada orang ramai , jika melihat atau didatangi oleh individu yang mencurigakan dan mengaku dirinya sebagai salah seorang anggota PPDB atau anggota Penguatkuasa undang-undang untuk segera melaporkan ke Balai Polis yang berhampiran atau menghubungi ke talian kecemasan Pasukan Polis 993.

Dalam hal ini, PPDB ingin mengingatkan orang ramai bahawa melakukan penyamaran boleh didakwa di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam mengikut Seksyen 170 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga sampai tempoh tujuh (7) tahun atau denda.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
Attachments