Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SARANG PERJUDIAN TUMPAS

BRUNEI MUARA, Ahad 4 November - Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian di alamat no 22, tingkat 1, Block B, Halimas Complex, Spg. 1236, Kampung Tanjung Bunut, Jalan Tutong.

JUDI 1.jpg

Serbuan yang dijalankan pada malam tersebut telah mendapati beberapa kegiatan perjudian sedang di jalankan iaitu perjudian SCR888, permainan mesin slot serta permainan mesin simulasi di dalam talian berunsur perjudian dan perjudian jenis traffic light. Disamping itu, Pihak Polis juga berhasil menahan seramai 21 orang suspek lelaki dan perempuan yang terdiri daripada 13 orang warga tempatan, 3 warga negara Malaysia, 4 warga negara Bangladesh dan seorang warga negara Indonesia. 

JUDI 2.jpg

Turut di rampas semasa serbuan ialah 8 set peralatan komputer yang mengandungi program SCR888, 7 unit mesin slot perjudian, 2 meja mesin simulasi perjudian, peralatan permainan jenis traffik light serta sejumlah wang tunai dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian. Kesemua tangkapan serta barang-barang bukti telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi siasatan lanjut sebelum di hadapkan untuk pendakwaan. 

Kes ini disiasat dibawah seksyen 6 (1) , Akta Rumah Judi terbuka Penggal 28. 

Kegiatan perjudian dalam talian ini sentiasa mendapat perhatian umum dan jika tidak dibentras akan mendatangkan kesan buruk kepada negara. 

Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Jabatan Siasatan Jenayah dan Daerah-daerah Polis akan sentiasa membuat pemantauan, menjejak dan mengesan penjenayahpenjenayah yang hendak bertapak dan menjalankan aktiviti-aktiviti haram di negara ini. 

Kerjasama orang ramai serta agensi-agensi penguatkuasa undang-undang dalam menyalurkan maklumat adalah sangat berkesan dan membolehkan operasi pembentersan aktiviti yang menyalahi peraturan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
Attachments