Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
RIADAH BERBASIKAL PENGAWASAN KEJIRANAN


BRUNEI MUARA, Rabu 5 Disember – Daerah Polis Brunei Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Riadah Berbasikal bersama Ahli-Ahli Pengawasan Kejiranan semalam. 

Acara tersebut dihadiri oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara, Yang Mulia Penguasa Polis, Pengiran Haji Abdul Salam bin Pengiran Haji Abdul Ghani beserta 50 orang ahli PK yang terdiri daripada Ketua-ketua kampong dan penduduk-penduduk kampong yang berdaftar di bawah PK. Turut hadir dan mengikuti riadah tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Brunei Muara.
 
Sebelum acara dimulakan , sedikit penerangan dan taklimat mengenai keselamatan serta perancangan perjalanan yang bakal dilalui disampaikan oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas, Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhammad Rudi Mas-Sharhain bin Haji Sarbini.  
 
Riadah yang bermula jam 8.30 malam itu bermula daripada Balai Polis Berakas, melalui sekitar Jalan Muara, Lebuhraya Haji Hassanal Bolkiah, sehingga ke kawasan Taman Mahkota Emas, Bandar Seri Begawan. 

Riadah berbasikal tersebut bertujuan bagi merapatkan lagi perhubungan silaturrahim yang terjalin di antara Pasukan Polis dan juga Masyarakat Awam, disamping meningkatkan kesedaran masyarakat akan pentingnya menjaga kesihatan dengan mengamalkan kegiatan bersukan. 
 
 
Dikeluarkan Oleh :  
 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 

Attachments