Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
POLIS TUMPASKAN KEGIATAN PERJUDIAN



BRUNEI MUARA, Selasa 8 Januari - Kegiatan perjudian telah berjaya ditumpaskan oleh sepasukan polisdaripada Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di sebuah rumah kediaman di alamat No 26 Jalan Limpaki Kg Mulaut Brunei Muara.

Dalam serbuan tersebut juga telah berjaya menahan seramai 17 orang suspek yang terdiri daripada 4 warga penduduk tetap, 6 warganegara Indonesia, 6 warganegara Bangladesh dan seorang (1) warganegara Malaysia. 

Semasa serbuan tersebut, turut dirampas 1 unit komputer desktop, 6 unit komputer riba yang mengandungi program SCR888 dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian SCR888, 1 set judi jerami batu dan kain katam-katam serta peralatan-peralatan yang digunakan untuk bermain judi. Di samping itu, turut dirampas ialah sejumlah wang tunai yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan. Semua tangkapan serta barang-barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut. 
 
Kes siasatan ini disiasat dibawah seksyen 4 dan 6 kesalahan melibatkan pengendalian tempat perjudian, Akta Rumah Judi terbuka Penggal 28. 

Kegiatan perjudian secara talian ini sentiasa mendapat perhatian umum dan jika tidak dibanteras akan mendatangkan kesan buruk kepada negara. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Jabatan Siasatan Jenayah dan Daerah-daerah Polis akan sentiasa membuat pemantauan, menjejak dan mengesan penjenayahpenjenayah yang hendak bertapak dan menjalankan aktiviti-aktiviti haram di negara ini.  
 
Kerjasama orang ramai serta agensi-agensi penguatkuasa undang-undang dalam menyalurkan maklumat adalah sangat berkesan dan membolehkan operasi pembanterasan aktiviti yang menyalahi peraturan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 
 
Dikeluarkan Oleh :  
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments