Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
BINA MUHIBAH BERSAMA PENGAWASAN KEJIRANAN





BERAKAS, Selasa 8 Jan - Bagi mengeratkan lagi silaturahim antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Ketua-ketua Kampong, Fokal Point Pengawasan Kejiranan Balai Polis Berakas telah membuat lawatan dan pendekatan ke rumah-rumah Ketua Kampong Mukim Berakas B. 

Mengetuai lawatan Koperal 3854 Haji Tejuddin bin Haji Sulaiman yang mana turut membincangkan mengenai dengan pendaftaran ahli PK yang baru bagi kampung-kampung yang belum berdaftar.  

Adalah disarankan kepada masyarakat awam supaya bekerjasama dengan pihak polis dalam sama-sama menjaga keselamatan dan bergiat aktif bersama Pengawasan Kejiranan di kampung masing-masing agar bebas dari sebarang kegiatan jenayah. 

TEMBURONG - Seramai 3 orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Belais dan Buda-buda Mukim Bokok menjalankan aktiviti rondaan pencegahan jenayah bersama Balai Polis Bangar. 
 
Turut hadir bersama Yang Mulia Haji Ahmad @ Haji Jibma bin Mohd Hussin, Ketua Kg Belais selaku Pengerusi PK. Rondaan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Penolong Penguasa Polis Pg Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pg Anak Ismail Al-Haj bersama lima orang anggota balai. 
 
Rondaan berjalan kaki bermula dari rumah Pengerusi PK Kg Belais menuju ke Pondok-pondok Penginapan Kg Belais dan tempat-tempat memancing dan berkawal serta memantau di pondok kepunyaan ahli PK Kg Belais. 

KUALA BELAIT - Rondaan Pencegahan PK juga dijalankan oleh Keanggotaan Balai Polis Kuala Belait ke Kampung Mumong.

Mengetuai rondaan tersebut ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Kuala Belait, Penolong Penguasa Polis, Muhammad Fadhillah bin Haji Ibrahim bersama Ketua Kg Mumong, Yang Mulia Haji Mohd Yusof bin Dulamin dan 2 orang ahli Kg berkenaan. 
 
Tumpuan rondaan adalah di kawasan Kuala Balai, Mumong B, STKRJ Mumong, Barek Singa Menteri dan kawasan persekitaran tadahan kampung. Hasil  rondaan yang dijalankan tiada sebarang  kesalahan jenayah ditemui yang menyalahi undang-undang. 
 
 
Dikeluarkan Oleh :  
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments