Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
AKIBAT MELESAPKAN HARTA BUKAN MILIK

BRUNEI MUARA, Khamis 10 Januari - Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menangkap seorang lelaki warga negara tempatan dipercayai terlibat dengan kes berhubung jenayah pelesapan harta (Criminal Misappropriation of Property). 

Tertuduh Ak Muhd Khairul Anuar Bin Pg Hj Bakar, lelaki warganegara tempatan berumur 25 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan pada 10 Januari 2019 atas pertuduhan di bawah seksyen 403 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Pelesapan Harta Secara Tidak Jujur. 

Hasil daripada perbicaraan, tertuduh telah mengaku bersalah kerana secara tidak jujur melesapkan barang milik bekas majikan beliau iaitu satu alat gerudi (Drill) beserta pengecaj (Charger) nya untuk kegunaanya sendiri lalu menjualnya kepada orang lain.  

Dengan itu, Pihak Mahkmah telahpun membuat keputusan bagi menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 2 bulan ke atas tertuduh yang bermula pada tarikh 10 Januari 2019. 
 
 
Dikeluarkan Oleh :  
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments