Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
MUZAKARAH SUKU TAHUN PK DAERAH TUTONG

TUTONG, 09 Februari -  Sesi Perbincangan dan permuzakarahan Pengawasan Kejiranan bagi Daerah Tutong telah berlangsung pada 9 Februari 2019 bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong. 

Mempengerusikan permuzakarahan tersebut ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Yang Mulia Penguasa Polis (Superintendent) Hj Mohamad Khairul Amilin bin Hj Idris berserta Pegawai-pegawai Polis dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Tutong. 

Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Ramli Bin Haji Lahit, Penghulu Mukim Telisai dan Para-para Penasihat PK yang terdiri daripada Penghulu-penghulu Mukim Daerah Tutong. 
 
Perisian daripada taklimat perbincangan adalah menyentuh mengenai statistik 3 bulan kebelakangan menjurus kepada laporan-laporan jenayah dan lalulintas yang diterima di Balai Polis Tutong dan Lamunin.  
 
Perjumpaan ini juga merupakan satu strategi Pasukan Polis Diraja Brunei dalam meningkatkan keyakinan dan kerjasama masyarakat awam dalam sama-sama membantu mencegah jenayah serta mewujudkan suasana yang lebih selamat ke atas masyarakat kampung. 
 

Dikeluarkan Oleh :  
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments