Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
POLIS SIASAT MAYAT TERAPUNG

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 14 Mac - Penduduk kampung digemparkan dengan insiden penemuan sesuatu dipercayai satu susuk tubuh yang terapung dan terdampar di kawasan perairan berdekatan dengan Dewan Kampong Saba, Kampong Ayer, Bandar Seri Begawan. 

Sehubungan dengan insiden tersebut, Balai Polis Kampong Ayer, Pasukan Polis Diraja Brunei mengesahkan mengenai kejadian berkenaan bila mana pihak polis telah menerima panggilan kecemasan ditalian 993 daripada orang awam pada 14 Mac 2019 jam sekitar 6.52 pagi tadi. 

Hasil daripada siasatan awal mengesahkan bahawa susuk tubuh tersebut adalah mayat seorang perempuan dengan berpakaian yang lengkap. Mayat berkenaan telah pun diangkat daripada tempat kejadian hasil daripada bantuan Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kemudiannya dijalankan pemeriksaan awal oleh Unit Pengurusan Siasatan Tempat Kejadian, Jabatan Siasatan Jenayah sebelum dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) bagi pemeriksaan menyeluruh serta siasatan lanjut. 
 
Setelah siasatan dijalankan dan mendapati mayat tersebut merupakan seorang warganegara tempatan berumur 45 tahun dan identitinya telah pun dikenal pasti oleh pihak keluarga. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kepada orang ramai jika ada mempunyai sebarang  maklumat mengenai kejadian tersebut untuk tampil dan segera memberikan kerjasama ke Balai-Balai Polis berdekatan atau menghubungi talian kecemasan 993. 
 

Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 
Attachments