Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PK BANTU JAGA KESELAMATAN KAMPUNG

2019-03-14 at 19.50 (4).jpeg2019-03-14 at 19.50 (1).jpeg

BRUNEI DAN MUARA, Rabu 13 Mac – Berikutan dengan matlamat dalam mencegah dan mengawasi keadaan kampung dari sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi perundangan di Negara Brunei Darussalam, tiga (3) rondaan pencegahan jenayah Pengawasan Kejiranan (PK) telah giat dijalankan secara berasingan di Daerah Brunei Muara dan Daerah Belait. 
 
Rondaan pertama dari Focal Point Balai Polis Pusat BSB diketuai oleh Koperal 4604 Hasnan bin Ali telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama PK Kampong Bunut Perpindahan, Mukim Kilanas. 

Turut hadir sepanjang rondaan Ketua Kampong Bunut Perpindahan, Yang Mulia Haji Durahim bin Hassan bersama 10 orang ahli PK. Rondaan dijalankan menggunakan kereta dan berjalan kaki di kawasan simpang-simpang sekitar Kampong Bunut Perpindahan dan kawasan rumah-rumah kosong yang terbiar. 

Manakala rondaan pencegahan yang kedua diketuai oleh Focal Point Pengawasan Kejiranan Balai Polis Limau Manis, Koperal 4044 Pg Mohd Iskandar Shah bin PDP Haji Salim bersama dua (2) orang ahli PK dari Kampong Junjongan. 
2019-03-14 at 19.50 (2).jpeg
Sepanjang rondaan di sekitar kawasan Kampong Junjongan, kawasan Sekolah Rendah Junjongan dan rumah-rumah perguruan secara berjalan kaki itu tidak menjumpai perkara-perkara yang melibatkan jenayah. 
 
Rondaan yang ketiga PK Kampong Mumong bersama keanggotaan Balai Polis Kuala Belait yang diketuai oleh Koperal 3028 Mohd Jin bin Roseta bersama seorang ahli PK. 
 
Rondaan bermula dari Balai Polis Kuala Belait menggunakan kereta menuju ke kawasan STKRJ Kampong Mumong sehingga ke kawasan-kawasan dibawah jagaan Ketua Kampong Mumong. 

Diharapkan dengan sokongan yang berterusan daripada pihak masyarakat akan memantapkan lagi kefahaman dan kesedaran akan kepentingan dalam sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara. 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments