Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
KES PUKUL MENGGUNAKAN PARANG

KUALA BELAIT, Khamis 30 Mei - Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima satu laporan daripada seorang warganegara India berikutan kes aduan dipukul menggunakan sebilah parang yang dalam keadaan bersarung oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan pembuangan sampah Kg Mumong, Kuala Belait. 

Berikutan insiden tersebut, aduan telah mengalami luka kecederaan di bahagian muka dan kejadian tersebut turut disaksikan oleh rakan aduan. 

Setelah siasatan dijalankan, keanggotaan Balai Polis Kuala Belait telah berhasil menahan seorang lelaki tempatan, Hassan bin Haji Dollah berumur 57 tahun yang dipercayai menjadi suspek bagi kejadian berkenaan. 
 
Pada 4 jun 2019, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah bagi tuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata. 
 
Tertuduh telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman selama 2 bulan pemenjaraan yang bermula pada 4 Jun 2019. 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments