Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SERIA KENDALI OPERASI SEPADU

2019-07-11 at 15.02 (1).jpeg

SERIA, Rabu 10 Julai - Satu operasi sepadu penguatkuasa undang-undang telah diadakan semalam yang terdiri dari keanggotaan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) khususnya Daerah Polis Belait, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK). 
 
Operasi semalam melibatkan seramai 54 orang pegawai dan juga anggota serta ahli yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Penolong Penguasa Polis (P/ASP) Syed Mohammad Afidzul Azeez bin Sheikh Haji Abu Bakar.   

Tumpuan operasi ialah ke beberapa lokasi rumah kediaman dan pemeriksaan ke rumah pekerja asing di kawasan Jalan Perakong, Jalan Semaun dan Kawasan Kg Baru di bawah tadahan Balai Polis Seria. 

Hasil daripada pemeriksaan operasi semalam telah mendapati satu kesalahan di bawah Akta JKED iaitu memiliki barangan tegahan satu katon rokok yang tidak diikrarkan. Manakala suspek (pemilik rokok) tersebut ditahan oleh pihak JKED bagi tindakan lanjut.   

Matlamat utama Operasi Sepadu malam tersebut adalah bagi menjalankan penguatkuasaan ke atas akta perundangan agensi masing-masing dalam memastikan pekerja-pekerja asing tidak ada memiliki barang-barangan tegahan yang melanggar peruntukan perundangan yang telah ditetapkan di negara ini. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments