Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
CURI INJAP (VALVE) PAIP SEORANG SUSPEK DITAHAN

2019-08-10 at 18.31.32 (2).jpeg

BERAKAS, Sabtu 10 Ogos - Satu aduan telah dilaporkan ke Balai Polis Berakas pada 22 Julai 2019 berkenaan kegiatan curi yang berlaku di kawasan halaman rumah Kg Manggis Dua, Berakas. 
 
Hasil siasatan yang dijalankan dengan perkongsian maklumat yang disalurkan telah berhasil membuat penahanan ke atas seorang warganegara tempatan bernama Abdul Sallehi bin Haji Mohamad berumur 45 tahun tidak bekerja bagi menjalani siasatan lanjut terhadap kehilangan satu batang (1) injap paip. 
 
Suspek berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 10 Ogos 2019 bagi berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Curi. 
 
Hasil daripada sebutan kes, Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh dengan pemenjaraan selama 8 bulan di Penjara Maraburong bermula pada tarikh 10 Ogos 2019. 
 
PPDB ingin menasihati kepada orang ramai untuk memastikan tidak ada menyimpan sebarang barang berharga atau barang berkepentingan di luar kawasan / halaman rumah kerana ianya boleh sahaja menarik perhatian individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan kegiatan jenayah. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments