Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SEKATAN JALANRAYA SEPADU SELURUH DAERAH

2019-09-10 at 19.11 (2).jpeg

BRUNEI DAN MUARA, Isnin 9 Sept - Jabatan Siasatan dan Kawalan LaluLintas (JSKLL), Daerah-daerah Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) termasuk kerjasama pelbagai agensi daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU), Biro Kawalan Makanan Halal (BKMH), Bio Security Jabatan Pertanian dan juga daripada keanggotaan Polis Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerusi Operasi Sepadu secara serentak di seluruh negara bersempena musim cuti persekolahan penggal ke-3 ini.   

Operasi yang dijalankan semalam bagi Daerah Brunei dan Muara diketuai oleh Pmk. Ketua Bahagian Operasi dan Penguatkuasaan  (JSKLL), Timbalan Penguasa Polis (DSP) Ang Lay Bee. Manakala di daerah-daerah yang lain diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Polis masing-masing. Operasi ini juga melibatkan seramai 121 orang Pegawai dan anggota dari kesemua agensi.   

Tumpuan lokasi adalah di kawasan Lebuhraya Muara Tutong dan Lebuhraya Hassanal Bolkiah bagi Daerah Brunei Muara. Bagi Daerah Belait pula di kawasan Inland Container Depot Sungai Tujoh. Manakala Daerah Tutong operasi dikendalikan di kawasan Lebuhraya hala ke Tutong dan bagi Daerah Temburong bertempat di Pos Kawalan Sempadan Labu.   

Sebanyak 99 kes kesalahan kompaun dan 3 kes doket diambil tindakan oleh pihak JSKLL & daerah polis, 18 kesalahan di bawah Akta JPD serta 1 kesalahan beserta 2 tahanan di bawah Akta BKN yang diperolehi hasil daripada operasi seluruh daerah.   

Objektif lain dalam operasi ini adalah untuk meningkatkan disiplin masyarakat sebagai pengguna jalanraya dalam sama-sama menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang yang diperuntukkan ke atas agensi-agensi yang terlibat dilaksanakan dan dipatuhi dengan sebaiknya.   

Di samping itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya akan sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang lalulintas bagi mengelakkan sebarang tindakan undang- undang dijalankan ke atas mereka. 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments