Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN SURAT LANTIKAN PK
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 28 Nov – Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Surat Lantikan Pengawasan Kejiranan telah berlangsung di Padang Kawad, Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan. 
 
Majlis ini dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara, Yang Mulia Penguasa Polis Haji Mohamad Khairul Amilin bin Haji Idris.   

2019-11-28 at 08.36 (8).jpeg

Di samping itu juga, penyerahan surat lantikan pengawasan kejiranan kepada dua orang ahli baru, Pengawasan Kejiranan Kampung Saba Darat B.  
 
Dengan adanya keahlian pengawasan kejiranan dari Kampung Saba ini, akan dapat melibatkan diri dan berganding bahu bersama Pasukan Polis Diraja Brunei dalam mengekalkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan persekitaran khususnya di Kampung Saba sehingga dapat mewujudkan perhubungan baik sesama penduduk kampung lain. 
 
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada (4) empat orang awam dan (4) empat anggota-anggota pangkat rendah daripada Balai Polis Limau Manis yang telah membantu pihak Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya di bawah tadahan Daerah Polis Brunei Muara menyelesaikan kes-kes yang disiasat oleh pihak Daerah Polis Brunei Muara. 
 
Majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kerjasama antara anggota Pasukan Polis Diraja Brunei dan orang awam dalam memastikan keamanan Negara sentiasa terpelihara. 




Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments