Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SEKATAN JALANRAYA MINGGUAN

2020-02-14 at 14.11 (5).jpeg

BELAIT, Rabu 12 Feb - Dalam usaha untuk memastikan para pengguna / pemandu patuh pada undang-undang jalanraya, agensi-agensi penguatkuasa undang-undang seperti Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) tidak ketinggalan bagi mengadakan operasi-operasi sekatan jalanraya yang kerap di beberapa lokasi di negara ini. 
 
Sehubungan itu, satu (1) operasi sepertinya telah dikendalikan oleh Daerah Polis Belait bagi menanai matlamat tersebut. Operasi Sekatan Jalanraya yang telah dijalankan di kawasan Jalan Tengah Seria Lorong 14 Panaga tersebut telah melibatkan seramai 12 orang anggota dari Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan seorang dari Balai Polis Panaga yang diketuai oleh Sarjan 2945. 
 
Seorang pemandu telah dikeluarkan kompaun Polis atas kesalahan lesen memandu mansuh serta pihak Polis telah mengeluarkan notis peringatan polis sebanyak 11 orang pemandu dan juga 26 buah kenderaan dijalankan pemeriksaan secara ‘Stop and Search’. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya patuh pada undang- undang jalanraya di samping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas dan juga jenayah. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments