Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
MAKLUMAT PALSU BERKENAAN ROMPAKAN

​BRUNEI MUARA, Selasa 19 Mei - Satu maklumat rompakan telah diterima melalui aplikasi whatsapp dan telah tular di media sosial. 

Susulan maklumat tersebut, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menyangkal dan menafikan tidak ada menerima laporan aduan mengenainya. 
 
Walau bagaimanapun, risikan dan penelitian sedang dijalankan oleh Pihak Polis bagi mengesan punca dan sumber berita itu diperolehi. 
 
Sehubungan itu, PPDB menegaskan kepada orang ramai supaya jangan sekali-kali terlibat dalam mengeluarkan dan menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sah dan tidak berasas. 
 
Selain itu juga diperingatkan agar tidak mudah mempercayai dan berasa cemas terhadap maklumat-maklumat mencurigakan yang belum dipastikan kesahihannya. 
 
Kesalahan-kesalahan sedemikian boleh diambil tindakan di bawah perundangan Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34 iaitu sesiapa yang sama ada, menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah yang boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh di penjara 3 tahun dan denda sebanyak $3,000. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments