Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAWASAN KEJIRANAN

​SELASA, 28 Julai - Komitmen penduduk kampung yang ikut serta dalam program Pengawasan Kejiranan (PK) adalah dihargai melalui penglibatan mereka dengan aktiviti PK seperti rondaan pencegahan jenayah yang dianjurkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Sumbangan masa yang dikorbankan daripada ahli-ahli PK bertujuan untuk bersama-sama menanai tanggungjawab bagi memastikan keadaan dan kawasan persekitaran kampung yang selamat dan aman. 
 
SUNGAI LIANG – Balai Polis Sungai Liang, Daerah Polis Belait melalui Unit Pengawasan Kejiranan (PK) balai telah mengadakan beberapa pendekatan bersama ketua-ketua kampung pada 22 Julai 2020.   

Mengetuai pendekatan ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Haji Mohd Nazmi bin Haji Ismail telah membuat perjumpaan dengan Pemangku Ketua Kg Lumut 1, Yang Mulia Haji Abd Aziz bin Haji Ghani dan Pemangku Ketua Kg Sungai Liang, Yang Mulia Haji Mohd Ibrahim bin Datu Maharaja Setia Dian.   

Semasa pendekatan tersebut turut hadir ialah Penolong Pegawai Menguasa Balai polis Sungai Liang, Inspektor Abd Hadi bin Abdullah Biju serta anggota-anggota balai.   

Di samping itu, Balai Polis Seria turut mengadakan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli PK Kg STKRJ Seria yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Seria Inspektor Percubaan Boniface anak Janlita.   Rondaan tersebut tertumpu di kawasan-kawasan perumahan dan di kawasan sekolah di Lorong Tiga Seria. 

Sepanjang rondaan tidak ada menjumpai sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan atau yang menyalahi undang-undang.   

LABI - Dalam pada itu, Balai Polis Labi tidak ketinggalan mengadakan aktivti pendekatan dan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli PK diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Labi Inspektor Percubaan Mohammad Janatun Na’em bin Haji Abd Rahim. 
 
Perjumpaan diadakan bersama Penghulu Mukim Bukit Sawat, Yang Mulia Haji Salleh bin Haji Othman, Ketua Kg Bukit Sawat Yang Mulia Muhammad bin Abdullah, Ketua Rumah Panjang Mendaram Besar Yang Mulia Awang Beradi anak Jamau dan Ketua Kg Labi Yang Mulia Haji Matussin bin Matzin.   

Aktiviti rondaan pencegahan jenayah juga dibuat bersama ahli-ahli PK melibatkan rondaan di kawasan-kawasan Bangunan Kerajaan, tempat-tempat penurunan perahu dan kawasan-kawasan perumahan di sekitar Mukim Bukit Sawat dan semasa rondaan dibuat tidak ada mendapati sebarang kegiatan yang mencurigakan berlaku.   

Aktiviti-aktiviti PK adalah bagi merapatkan hubungan pihak polis dengan masyarakat, perjumpaan tersebut memberi peluang kepada yang orang kampung untuk menyuarakan permasalahan yang berhubung kait dengan jenayah dan isu-isu atau gejala-gejala sosial yang sedang dihadapi oleh orang kampung tersebut. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments