Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
DAERAH POLIS BELAIT KENDALI SEKATAN JALANRAYA

​BELAIT, Isnin 14 Sept - Operasi Sepadu bagi Sekatan Jalanraya telah dikendalikan semalam di Daerah Belait. 

Operasi Sekatan Jalanraya yang dijalankan melibatkan keanggotaan dan ahli daripada Balai Polis Kuala Belait dan Seria, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) serta agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) serta Biro Kawalan Narkotik (BKN). 

Operasi Sepadu ini diketuai oleh Timbalan Penguasa Polis (DSP) Alvin Goh, Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Polis Belait. 

Hasil daripada operasi semalam telah mendapati sebanyak 57 kes kesalahan yang dicatat di bawah akta masing-masing ; 

PPDB : 31 kes Kesalahan,

JPD : 19 Kes Kesalahan,

JKED : 7 Kes Kesalahan.

Antara lain kesalahan melibatkan lesen memandu yang mansuh, mengubah suai kenderaan, memasang tabir, tayar tidak layak digunakan (keluar benang), membawa masuk barang tegahan (rokok) dan beberapa jenis kesalahan lagi. 

Objektif lain operasi berkenaan dijalankan bertujuan untuk meningkatkan disiplin masyarakat sebagai pengguna jalan raya dalam sama-sama menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang yang diperuntukkan ke atas agensi-agensi yang terlibat dilaksanakan dan dipatuhi. 

Sehubungan itu, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu di negara ini, PPDB menasihatkan kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa memastikan kenderaan yang dipandu sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk dipandu.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments