Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
BARANG TEGAHAN DITEMUI DALAM KENDERAAN

​TEMBURONG, Rabu 18 November - Seorang warga asing ditahan keanggotaan Balai Polis Temburong setelah didapati memiliki barang tegahan. Penemuan tersebut hasil daripada pemeriksaan kenderaan suspek yang telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya di Pekan Bangar. 

Hasil daripada siasatan awal, sebanyak 125 katon rokok pelbagai jenama dan beberapa kepingan paket yang dipercayai berupa pil jenama ‘Eremin 5’ telah berjaya temui dan telah dirampas oleh keanggotaan polis yang bertugas. 

Suspek (pemandu) merupakan seorang lelaki berumur 47 tahun di tahan dan dibawa ke Balai Polis Temburong bagi menjalani siasatan bersama barang-barang rampasan. 

Kes siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi tindakan selanjutnya. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sentiasa mengalu-alukan kepada orang ramai agar sentiasa memberikan sokongan dalam penyaluran serta perkongsian maklumat terhadap pembanterasan dan menghalang sebarang kegiatan-kegiatan jenayah bertapak di negara ini.


Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments