Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PEJALAN KAKI MAUT AKIBAT NAHAS KEMALANGAN JALANRAYA

​MUARA, Khamis 1 April - Seorang lelaki meninggal dunia selepas dirempuh oleh sebuah kereta yang berlaku di kawasan Kg Perpindahan Mentiri. 

Balai Polis Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan insiden kemalangan tersebut melalui panggilan kecemasan yang diterima pada 1 April 2021 sekitar jam 6.35 petang yang memaklumkan seorang pejalan kaki telah dilanggar oleh sebuah kereta. 

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 52 tahun dan ditemui dalam keadaan terbaring di atas jalan raya dengan tidak sedarkan diri. Manakala, pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Pihak Paramedik turut hadir ke tempat kejadian dan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa yang meninggal dunia kemudiannya dibawa ke Hospital RIPAS bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan terperinci. 

Siasatan pihak polis masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. 

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei turut menyarankan kepada para pemandu atau pengguna jalan raya agar sentiasa menumpukan perhatian di jalan raya dan kawasan sekeliling semasa memandu. Manakala juga dinasihati para pejalan kaki agar supaya lebih peka dan berhati-hati semasa menyeberang jalan terutama sekali di kawasan-kawasan jalan yang sibuk dan gelap.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments