Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI KORDINASI PPDB

TEMBURONG, Ahad 18 Julai - Satu Operasi Kordinasi melibatkan jabatan-jabatan di bawah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dikendalikan di Daerah Temburong pada 18 Julai 2021 sekitar jam 2.30 petang tadi. 

Seramai 80 orang pegawai dan anggota PPDB telah terlibat sama di dalam operasi tersebut yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhd Ajib bin Haji Ahmad Awal. 

Lima (5) jabatan-jabatan yang terlibat adalah Balai Polis Bangar, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Jabatan Perisikan Jenayah serta Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni PPDB. 

Menerusi Operasi tersebut sebanyak 9 lokasi disasarkan di mana tiga (3) daripadanya dijadikan lokasi tempat sekatan jalanraya dan enam (6) lokasi lagi adalah sasaran pemantauan sering berlaku kegiatan-kegiatan penyeludupan barang tegahan. 

Hasil daripada operasi kordinasi tersebut telah berjaya membuat penahanan ke atas 15 buah kenderaan yang didapati melanggar Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 seperti tidak mempunyai cukai jalan yang sah, tidak dilindungi insurans, lesen kenderaan mansuh dan beberapa kesalahan lagi di Daerah Temburong, manakala hasil sekatan jalanraya yang dikendalikan oleh unit JSKLL di kawasan Kota Batu telah mendapati 9 kes kompaun di bawah Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 seperti tayar keluar mudguard dan ubah suai kenderaan. 

Manakala, operasi pemantauan tidak ada menemukan sebarang kegiatan yang menyalahi dan melanggar undang-undang negara ini. 

Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa memberikan penekanan kepada orang ramai terhadap perundangan di negara ini dalam hala tuju bersama-sama membendung, mengesan serta membanteras kegiatan-kegiatan yang cuba untuk meruntuhkan akhlak serta kesejahteraan mahu pun keamanan di negara ini.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments