Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI PULIH

​BRUNEI MUARA, Isnin 11 Okt - Operasi Pulih yang dikendalikan di bawah Pemantauan Pusat Koordinasi Kebangsaan Menangani COVID-19 (N3C19) telah memasuki hari ke (7) tujuh. 

Hasil daripada Operasi Pulih semalam, 10 Oktober 2021 yang bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sejumlah 22 kesalahan di seluruh daerah yang melibatkan tindakan denda kompaun dikeluarkan kepada individu-individu yang melanggar perintah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204. 

10 Kesalahan di Daerah Brunei Muara 

8 Kesalahan di Daerah Belait 

4 Kesalahan di Daerah Tutong 

Secara keseluruhan, tindakan denda kompaun yang telah dikeluarkan di sepanjang 7 hari Operasi Pulih dijalankan adalah berjumlah 231 kesalahan. 

Oleh yang demikian, Operasi Pulih akan masih diteruskan dan dipergiatkan secara menyeluruh di seluruh daerah bagi memastikan orang ramai patuh dan akur dengan perintah kerajaan dalam pengawalan penularan wabak COVID-19 di negara ini. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments