Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
MERAIKAN BAKAL JEMAAH HAJI PPDB

​GADONG, Sabtu 11 Jun - Bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar bakal jemaah haji sentiasa mendapat syafaat, perlindungan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan serta beroleh haji yang mabrur, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Badan Ugama Islam (BUI) telah mengadakan Majlis Doa Selamat Bagi Bakal Jemaah Haji PPDB Tahun 1443/2022 di Surau Polis Gadong Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis (CP) PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI). 

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) PPDB, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Yang Mulia Mohamad Amirruddin bin Haji Tunjang selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI), para pengarah dan timbalan pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota serta warga kakitangan awam PPDB. 

Seramai 6 anggota bakal haji PPDB telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, Yang Mulia APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar diikuti dengan penyerahan sumbangan kepada bakal jemaah haji yang diraikan serta diakhiri dengan bacaan doa selamat.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments