Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Rondaan PK ke Kg. Labu estate

‚ÄčTEMBURONG, Isnin 14 Mei - Rondaan pencegahan jenayah telah dikendalikan oleh Balai Polis daerah Bangar bersama ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kg Labu. Rondaan tersebut diketuai oleh Pegawai Siasatan Jenayah dan Lalulintas Daerah Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhammad Aimi Safwan bin Zalidin beserta 8 orang anggota daripada Balai Polis Bangar.

Turut hadir dalam rondaan tersebut ialah Ketua Kampong Labu Yang Mulia Haji Sulaiman bin Haji Nasir, selaku Pengerusi PK Kg Labu berserta 3 orang ahli PK Kg Labu.

Operasi Rondaan berkenaan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai langkah-langkah keselamatan yang disampaikan oleh (ASP) Muhammad Aimi Safwan bin Zalidin dan seterusnya kata-kata aluan juga turut disampaikan oleh Pengerusi PK Kg Labu.

Rondaan bermula dari jam 2100hrs dan berakhir pada jam 2215hrs, diantara kawasan rodaan adalah dipersekitaran Kg Labu estate, rumah-rumah kosong, kawasan sekolah dan juga tempat penurunan perahu.

Dalam rondaan tersebut tiada kesalahan mahupun kegiatan memcurigakan yang menyalahi undang-undang ditemui.

Attachments