Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Khatam dan tadarus anjuran JSKLL
 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 9 Jun - Jabatan Siasatan Kawalan dan Lalulintas(JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan JSKLL, semalam.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah JSKLL Yang Mulia Penguasa Kanan Polis (Snr Supt), Hussaini bin Haji Matzin dan Isteri, Turut hadir dimajlis tersebut ialah para Pegawai-pegawai serta anggota-anggota JSKLL.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya disusuli dengan acara Khatam Al-Quran oleh ahli-ahli JSKLL dan kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan kepada semua anggota PPDB khasnya dan juga seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam amnya.

Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan JSKLL yang dikendalikan dimana ianya bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana di Bulan Ramadhan yang mubarak disamping mendekatkan diri dengan Al- Quran dan meningkatkan hubungan silaturahim di antara semua ahli-ahli JSKLL.

Attachments