Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Kemalangan melibatkan kematian
 

TUTONG, Khamis 6 Julai – Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei(PPDB) hari ini mengesahkan menerima satu kes kemalangan yang melibatkan kematian di kawasan Lebuhraya Tutong berhadapanan dengan Taman Rekriasi Sungai Basong.

Kenyataan dan pengesahan diadakan ditempat kejadian yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani Balai Polis Tutong telah menerima laporan pada 5 Julai 2018 sekitar jam 11 malam melibatkan satu kemalangan sendiri berlaku dikawasan Kilometer 65.3 lebuhraya Tutong hala ke Belait.

Hasil siasatan awal yang mana pemandu telah mengalami cedera ringan sementara penumpang meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah dibahagian kepala, dada dan tangan.

Pasukan Polis Diraja Brunei menasihati kepada pengguna jalanraya untuk mematuhi peraturan lalulintas terutama sekali jangan menggunakan talifon bimbit ketika memandu dan dimestikan sentiasa menggunakan tali pinggang keselamatan dan hendaklah mengikut had laju yang ditetapkan.

Attachments