Skip Ribbon Commands
Skip to main content
2 perompak berjaya ditangkap
 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 07 Jul - Pasukan Polis Diraja Brunei(PPDB) telah mengadakan sidang media mengenai keberhasilan menangkap dua warga tempatan kerana dipercayai terlibat dalam kes Rompakan dikawasan Bangunan Haji Yusof Kampung Luagan Timbaran, Tutong. Timbalan Penguasa Polis (DSP)Hendrie bin Amin, Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong menyatakan dalam sidang media dimana PPDB berjaya menangkap dua saspek pada tarikh yang berasingan iaitu pada 1hb dan 6hb Julai 2018 baru-baru ini.

Dua suspek tersebut adalah Faizal bin Rosli berumur 33 tahun dengan nama samaran ‘BoyMulaut’ dan Saiful Irwan bin Haji Simpol berumur 42tahun dengan nama samaran ‘Bincut’.

Dengan tangkapan berkenaan, PPDB juga berjaya mengenal pasti bahawa dua saspek itu telah terlibat dalam melakukan 18 kes jenayah di Daerah Tutong dan Daerah Brunei Muara seperti kes menyamar, rompak, ceroboh dan peras ugut.

Modus operandi mereka adalah menyasarkan kepada warga asing dimana suspek berkenaan akan mengenalkan diri mereka sebagai Penguatkuasa Undang-Undang sebelum melakukan rompak atau ugutan.

Pertuduhan terhadap kedua saspek dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22, iaitu Merompak berkumpulan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 30tahun dan sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Sehubungan itu, PPDB berharap mana-mana saksi atau orang ramai yang telah menjadi mangsa suspek berkenan akan dapat tampil kehadapan dan membuat laporan kebalai-balai polis yang berhampiran.

PPDB juga menyeru orang ramai supaya mengongsikan sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah dan hendaklah disalurkan ke Balai-balai Polis yang berdekatan atau ke talian kecemasan polis 993.

Attachments