Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Kongsi maklumat bersama ahli PK

​TEMBURONG, Khamis 2 Ogos - Hubungan yang rapat di antara Pasukan Polis dan penduduk kampung merupakan salah satu intipati program Pengawasan Kejiranan(PK) dalam melahirkan satu kombinasi yang mantap dengan hala tuju memperkasa perpaduan dan keharmonian bermasyarakat.

Dalam perkara ini, satu program pendekatan telah dikendalikan oleh 3 anggota Polis daripada Unit Pengawasan kejiranan, Balai Polis Temburong ke rumah Setiausaha PK Kg Bukok, Yang Mulia Awang Haji Omar bin Haji Lakim.

TemburongKongsi.png


Lawatan yang dijalankan menjurus kepada perkongsian maklumat, bertukar-tukar pendapat dan juga membincangkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang bakal di rancang pada bulan yang mendatang.


MUARA - Dengan objektif dan matlamat yang sama, Balai Polis Muara turut menjalankan program lawatan pendekatan ke rumah Ketua Kampung Mentiri, Yang Mulia Awang Haji Bujang bin Sabtu, selaku Pengerusi PK Kampung berkenaan.

Seramai 3 anggota Balai Polis Muara yang diketuai oleh Sarjan Mejar 2450 Pg Zahari memberikan dan mengongsikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan jenayah yang di laporkan berlaku di kampung berkenaan.


MuaraKongsi.png

Dengan adanya perkongsian maklumat tersebut, langkah-langkah pembenterasan dan pencegahan dapat dirancang bagi seterusnya menjalankan rondaan ketempat-tempat yang berpotensi sering berlakunya kegiatan jenayah tersebut.

Adapun hala tuju program PK yang dirancangkan ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi sokongan dan galakan penduduk setempat terutama sekali penglibatan para belia yang akan membantu mengukuhkan lagi matlamat iaitu bersama masyarakat mendukung undang-undang dalam memelihara keamanan dan kestabilan negara.​

Attachments