MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Pelajar dinasihatkan hindari jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Polis telah menangkap empat orang lelaki tempatan atas kesalahan pukul hingga mengakibatkan kecederaan parah ke atas seorang pelajar lelaki.

Kesalahan pukul di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan Jenayah, jika sabit bersalah boleh membawa hukuman maksima 10 tahun penjara dan denda, kata Hajah Kasumawati Haji Buntal dari Unit Perhubungan Awam Polis kepada kira-kira 200 orang penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Berakas di forum Pendidikan, Pencegahan dan Penyalahgunaan Dadah (3PD) hari ini.

Seorang penuntut perlu berfikiran waras, mengetahui undang-undang negara, tidak melakukan jenayah, berdisiplin, hormat kepada guru, taat kepada ibu-bapa/penjaga dan juga taat kepada agama.

http://www.mediapermata.com.bn/khamis/13pic11.jpg
Jangan melakukan jenayah...kata Hajah Kasumawati dalam
forum Pendidikan, Pencegahan dan Penyalahgunaan dadah.

Katanya, di bawah Seksyen 427 iaitu barang siapa yang melakukan khianat (merosakkan harta benda) sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian yang bernilai $25 atau lebih, boleh dihukum penjara 5 tahun dan 2 kali sebatan atau denda.

Kesalahan mencuri di bawah Seksyen 379 boleh dikenakan 3 tahun penjara dan denda sementara di bawah Seksyen 380 iaitu curi dalam bangunan/rumah/kapal pula boleh dikenakan 7 tahun penjara dan denda manakala merompak di bawah Seksyen 392 akan dikenakan 30 tahun penjara dan tidak kurang dari 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Menyentuh mengenai kesalahan di bawah seksyen lain, katanya Seksyen 488 (menceroboh) boleh membawa hukuman 3 tahun penjara dan denda, Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan) memperuntukkan hukuman 3 tahun penjara dan denda manakala Seksyen 326 (mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata merbahaya) boleh membawa kepada 15 tahun penjara dan sebat.

Sesiapa yang melakukan peras ugut pula, tambahnya boleh dikenakan tidak kurang 2 tahun penjara atau tidak lebih 7 tahun penjara dan sebat jika sabit di bawah Seksyen 384.

Kesalahan menjatuhkan maruah/mencabul kehormatan di bawah Seksyen 354 boleh dikenakan 5 tahun penjara dan sebat manakala kesalahan rogol pula boleh membawa kepada 30 tahun penjara dan tidak kurang dari 12 kali sebatan jika sabit bersalah di bawah Seksyen 376, jelasnya.

Pada forum itu, beliau turut menerangkan kepada penuntut sekolah tersebut cara-cara mengecam penjenayah seperti melalui pakaian, ketinggian, warna kulit, warna dan bentuk rambut, anggaran usia, tubuh badan, bentuk muka, bangsa dan tanda di tubuh badan.

Beberapa tip turut dikongsi bersama penuntut seperti mesti memberitahu ibu-bapa jika ternampak orang yang tidak dikenali berada di luar rumah, tidak akan membuka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali, tidak akan keluar rumah tanpa mendapat kebenaran daripada ibu-bapa, memaklumkan kepada guru dengan segera jika ada orang yang tidak dikenali menemui penuntut di sekolah, tidak akan mengikut orang yang tidak dikenali, tidak akan menerima gula-gula, minuman atau hadiah dari orang yang tidak dikenali, tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali dan memaklumkan kepada guru dan ibu-bapa jika terjadi sesuatu yang buruk ke atas diri penuntut sewaktu berada di sekolah.

Oleh Rafidah Jumat

 

     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Jamalul Alam pada tarikh 8  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |

11:04:18

 

10-06-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer