Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
08.09.18 - PK bina kemaslahatan

BRUNEI MUARA, Sabtu 8 Sept - Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan meneruskan dan mempergiatkan lagi Program Pengawasan Kejiranan (PK) dengan membuat rondaan pencegahan jenayah bersama Ahli Kampong Belimbing, Mukim Kota Batu.


Program melibatkan tiga Ahli Focal Point Pengawasan Kejiranan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat, Penolong Penguasa Mohd Alif bin Musa dan dua Ahli Peronda dari Balai Polis Pusat BSB berserta dengan lima Ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Belimbing, Mukim Kota Batu yang diketuai oleh Ketua Kampung Yang Mulia Awang Haji Gapor@Haji Mohd Daud bin Karim.

Sebelum rondaan dijalankan, satu taklimat ringkas mengenai statistik jenayah juga peranan Pengawasan Kejiranan dibuat dan disampaikan oleh Ahli Focal Point Pengawasan Kejiranan Koperal 4604 Hasnan.

Rondaan dan pemantauan secara berjalan kaki dan berkenderaan dilaksanakan di sekitar kampung bermula dari persimpangan 527 sehingga ke simpang 674 bertujuan bagi memastikan kawasan kampung dalam keadaan selamat daripada sebarang kegiatan jenayah.




WhatsApp Image 2018-09-09 at 10.03.29 AM (1).jpeg

BELAIT - Rondaan pencegahan jenayah juga turut dikendalikan oleh Balai Polis Kuala Belait bersama ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Mumong.

Mengetuai rondaan ialah Koperal 3028 Mohd Jin bersama ahli- ahli PK Kampong Mumong yang bermula di kawasan Singa Menteri sehingga ke kawasan Kg Mumong B. 

Hasil daripada rondaan yang di jalankan tidak menemukan sebarang perkara kejadian jenayah di sekitar kawasan tersebut.


Dikeluarkan oleh :
Unit Perhubungan Awam
Pasukan Polis Diraja Brunei
Attachments