Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI SEKATAN HUJUNG MINGGU DAERAH BELAIT


LABI, Sabtu 9 Februari - Operasi Sekatan Jalanraya hujung minggu telah dijalankan di kawasan Simpang Tiga Jln Merangking/Labi semalam. 
 
Seramai 5 orang anggota dari Balai Polis Labi telah mengendalikan operasi tersebut yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Mohd Nazmi bin Hj Ismail.  
 
Di sepanjang operasi sekatan tidak ada menemukan sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang akta jalanraya mahupun kesalahan jenayah. 

Tujuan sekatan dibuat adalah bagi membuat pemeriksaan mengejut serta mengenal pasti kenderaan yang disyaki terlibat dengan mana-mana penglibatan jenayah di Negara ini. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya patuh pada undang-undang jalanraya disamping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas yang mungkin berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri. 


Dikeluarkan Oleh :  
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments