Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PADAH CURI HARTA MAJIKAN

BRUNEI MUARA, Sabtu 7 Sept – Seorang lelaki warganegara Malaysia telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 7 September 2019 dipercayai terlibat dengan kes mencuri duit majikan.

Chang Teck Peng, 52 tahun bekerja sebagai mekanik di salah sebuah syarikat membaiki penghawa dingin kereta di Kampung Mentiri ditahan oleh pihak polis berikutan laporan yang telah dibuat ke Balai Polis Muara pada 31 Ogos 2019 yang lalu. 
 
Hasil daripada siasatan Pihak Polis beserta bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) syarikat berkenaan, suspek telah didapati beberapa kali mengambil wang hasil daripada memperbaiki penghawa dingin kereta-kereta pelanggan yang dianggarkan berjumlah BND$1500. 
 
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. Tertuduh telah mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh selama 8 bulan pemenjaraan di penjara Maraburong bermula 7 September 2019. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments