Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAWASAN KEJIRANAN (PK) TERLIBAT AKTIF

2019-10-07 at 21.02 (1).jpeg

Ahad, 6 Okt - Aktiviti pencegahan jenayah melalui Program PK menjana peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat secara kohesif dalam kerjasama membanteras kegiatan jenayah serta kegiatan negatif dikekang dengan sebaiknya. 

Beberapa aktiviti Pendekatan, Rondaan dan Kebajikan Sosial di bawah program PK telah diaktifkan oleh keanggotaan Focal Point Unit Pengawasan Kejiranan (UPK) Balai-balai Polis di beberapa tempat secara berasingan di negara ini. 

Perkembangan serta informasi terkini perihal kegiatan jenayah di kawasan kampung telah dikongsikan sama oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Muara, Inspektor Kanan (Snr. Insp) Saidin bin Mohammad Salleh semasa lawatan ke rumah Pemangku Ketua Kg Mentiri, Yang Mulia Haji Bujang bin Sabtu. Perancangan aktiviti pencegahan serta kebajikan juga dibincangkan dalam perjumpaan tersebut. 

Selain itu, Focal Point UPK Balai Polis Pusat BSB telah memberikan sesi taklimat dan penerangan lanjut mengenai Panduan-Panduan PK yang perlu dituruti kepada ahli PK Kg Bunut Perpindahan dan Kg Kianggeh yang telah lulus proses pendaftaran menjadi ahli PK. 

Di Daerah Belait pula, aktiviti kebajikan dan sosial PK telah dikendalikan oleh Focal Point Balai Polis Sungai Liang dengan mengadakan kempen kebersihan di kawasan Pos Polis Lumut bersama Pemangku Ketua Kg RPN Lumut, Yang Mulia Pg Ahmad bin Pg Hj Mahmud beserta ahli-ahli PK. 

Tiga rondaan pencegahan jenayah turut dikendalikan oleh keanggotaan UPK Balai bersama ahli PK Kg Pancha Delima/ Kg OKBI, ahli PK Kg Sg Belukut dan ahli PK Rumah Panjang Mendaram Besar Labi. 

Hasil kesemua rondaan berakhir dengan tidak menemukan sebarang kejadian dan tidak ada unsur-unsur jenayah dilaporkan.


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments