Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
CURI BATERI 2 WARGA TEMPATAN DITAHAN

2019-11-05 at 19.17 (2).jpeg

SENGKURONG, Selasa 5 Nov – Balai Polis Sengkurong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan telah menerima laporan dari talian kecemasan 993 pada 3 November 2019 sekitar jam tengahari berkenaan penahanan 2 orang warga tempatan lelaki dan perempuan dipercayai melakukan ceroboh dan curi di kawasan Menara milik Syarikat Progresif Cellular, Kampung Lugu. 
 
Dalam kejadian tersebut juga, tersebar beberapa video tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan sedang terkandas di kawasan tanah lumpur dan mendapati dua (2) orang individu yang mencurigakan beserta penemuan beberapa barang bateri yang dipercayai barang curi. 
 
Berikutan kejadian itu, keanggotaan Balai Polis Sengkurong telah menjalankan siasatan dan menahan suspek yang bernama Muhammad Rasman bin Mat Noor, 35 tahun dan Kamrinah bte Haji Kamis, 36 tahun warga tempatan dan tidak memiliki sebarang pekerjaan. 
 
Turut dirampas semasa penahanan dibuat ialah sejumlah 8 unit bateri dan beberapa kepingan pagar besi dipercayai kepunyaan syarikat berkenaan. 
 
Hasil daripada siasatan lanjut juga mendapati terdapatnya beberapa kes yang lain melibatkan kedua-dua suspek ini dengan Modus Operadi yang sama di kawasan Stesen Pemancaran Mobile P-Network Kampung Lugu, kawasan Tower PCSB Jalan Wasai Limuru Perpindahan Tanah Jambu dan Kawasan Tangki Air Bukit Sibanging, Jalan Wasai Limuru, Perpindahan Tanah Jambu. 
 
Kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 5 November 2019 bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 379 dan 427 rosak barang Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dan rosak barang. 
 
Pihak Mahkamah telah meluluskan permohonan reman selama 2 hari sehingga 7 November 2019 bagi sebutan kes selanjutnya. 
 
PPDB ingin menegaskan kepada orang ramai untuk tidak terlibat dengan sebarang kancah jenayah seperti perbuatan curi dan merosakkan harta benda orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. 
 
PPDB tidak akan bertolak ansur dan akan bertindak dengan tegas untuk menghadapkan sebarang pelaku-pelaku jenayah ke muka pengadilan bagi menerima hukuman sewajarnya. 
 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments