Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
TANGGUNGJAWAB DIGALAS MELALUI PENGAWASAN KEJIRANAN

2019-12-01 at 13.54 (5).jpeg

Ahad, 1 Dis - Tanggungjawab sesama berjiran mampu melahirkan satu budaya kekitaan serta nilai yang positif dalam pembinaan sahsiah insan yang terpuji. Ianya bukan sahaja terkesan terhadap diri sendiri bahkan menular dan mempengaruhi ke dalam komuniti sesebuah masyarakat yang ingin melihat sikap persefahaman, pemedulian, bantu membantu serta kerjasama sentiasa wujud dalam kehidupan seharian sesama berjiran. 
 
Pembentukan sifat-sifat terbaik akan membangkitkan semangat kehidupan berjiran yang bukan sahaja menumpukan kepentingan tali persaudaraan malah isu keselamatan dan keamanan merupakan agenda yang dititikberatkan kebelakangan ini. 
 
Dengan kewujudan Pengawasan Kejiranan (PK) anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ini dilihat dapat membantu dalam solusi memperkuat aspirasi ruang yang bebas daripada segala kegiatan-kegiatan yang berunsurkan jenayah.  
 
Perkara tersebut dapat dibuktikan melalui penglibatan ahli-ahli PK dan anggota balai dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diadakan di kawasan kampung masing-masing. Contoh aktiviti rondaan, perkongsian melalui pendekatan serta gotong royong, Natijahnya, pengawasan kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat dalam mempromosikan negara aman lagi sejahtera. 

2019-12-01 at 13.54 (1).jpeg
 
Di sepanjang minggu ini beberapa rondaan pencegahan jenayah, lawatan pendekatan serta pemantauan semasa penyerahan wang pencen tua dikendalikan ke beberapa kampung di seluruh daerah yang dipimpin oleh Pegawai-Pegawai Menguasa Balai dan fokal point PK yang dilantik bersama para Penghulu, Ketua-ketua Kampung dan ahli-ahli PK. 

2019-11-30 at 19.01 (2).jpeg
 
Sudah tiba masanya bagi masyarakat untuk sama-sama menggembleng tenaga, mengerakkan jentera permuafakatan dalam memastikan kelangsungan penglibatan di dalam platform Program PK ini agar ianya dapat dipraktikkan dengan sewajarnya demi untuk memastikan negara Brunei Darussalam sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera. 




Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments