Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
TIGA PERTUDUHAN JENAYAH DIHADAPKAN

​BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 25 Mac - Seorang lelaki penduduk tetap dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 25 Mac 2020 bagi menghadapi tiga (3) pertuduhan perlakuan jenayah yang melibatkan perbuatan curi. 

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di salah sebuah gudang perindustrian di kawasan Lambak Kanan. Menurut siasatan pihak polis, suspek merupakan bekas pekerja sebelum ini dan telah melakukan beberapa kali perbuatan curi ke atas 18 kotak santan besar berjenama Kara dan kemudiannya dijual ke kedai-kedai runcit. 
 
Walau bagaimanapun, suspek berhasil diberkas oleh pekerja-pekerja gudang hasil daripada intipan dan pemeriksaan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) gudang tersebut. 
 
Suspek bernama Lim Wee Pang berumur 41 tahun telah mengaku bersalah atas 3 pertuduhan iaitu 2 tuduhan di bawah Seksyen 379 (Curi) dan Seksyen 511 (Percubaan Curi) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang berlaku pada waktu yang berbeza. 
 
Hasil daripada sebutan kes, Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan ke atas tertuduh selama 6 bulan yang bermula pada 25 Mac 2020 di Penjara Maraburong. 
 
Di kesempatan ini, Pihak Polis menegaskan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya serta menghadapkan ke muka pengadilan bagi sesiapa yang didapati cuba atau melakukan sebarang perbuatan jenayah. 
 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments