Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI SEPADU 3 AGENSI PENGUATKUASAAN

BELAIT, Khamis 25 Jun - Lima (5) balai-balai polis di bawah Daerah Polis Kuala Belait beserta penglibatan keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Jabatan Siasatan Kawalan Lalulintas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Pengangkutan Darat telah mengendalikan operasi sepadu sekatan jalan raya secara serentak di kawasan tadahan balai masing-masing. 

Operasi yang dijalankan selama 2 jam lebih tersebut telah melibatkan seramai 117 orang anggota dan diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalulintas, Daerah Polis Belait DSP Alvin Goh itu telah mensasarkan para-para pemandu yang tidak mengikuti peraturan lalulintas mahupun melanggar kesalahan-kesalahan yang melibatkan jenayah dan juga dadah terkawal.

Hasil daripada operasi sepadu sekatan jalan raya yang dijalankan, “Stop & Search” sebanyak 84, peringatan polis 10 kesalahan, tidak membawa lesen memandu 9 pemandu dan kes kompaun sebanyak 42 kesalahan.

Manakala Biro Kawalan Narkotik mencatatkan 1 kes penyalahgunaan dadah Penggal 27 dan mendapati 1 kesalahan di bawah Akta Kastam dan Eksais iaitu membawa masuk barang tegahan.

PPDB sentiasa mengingatkan kepada orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan dan memastikan jalanraya itu selamat dan selesa untuk digunakan oleh semua pengguna yang melibatkan kenderaan bermotor, penunggang basikal dan pejalan kaki.

Justeru, peraturan yang diperuntukkan oleh kerajaan hendaklah dipatuhi dan diikuti dengan sebaiknya dalam memastikan masyarakat di negara ini akan sentiasa terjamin dan jauh daripada melakukan kesilapan dan kesalahan.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments