Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENYIMPANAN BARANG TEGAHAN DITEMUI

​TEMBURONG, Jumaat 11 Sept - Keanggotaan Daerah Polis Temburong berjaya menemui sejumlah barang tegahan iaitu rokok serta minuman keras pelbagai jenama dalam dua (2) insiden hasil daripada rondaan rutin pencegahan yang dijalankan di kawasan Kg Puni A pada sekitar jam 1.00 pagi 11 September 2020. 

Dalam insiden yang pertama, rondaan rutin yang dijalankan oleh keanggotaan balai telah menjumpai sebuah kereta yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan jalan kecil kebun, Kg Puni A, Temburong. 
IMG-20200911-WA0044.jpg
Menyedari akan kehadiran pihak polis, satu kelibat dipercayai seorang individu terus melarikan diri menuju ke dalam hutan yang berdekatan. Pemeriksaan segera dijalankan ke atas kenderaan berkenaan dan telah menemukan sejumlah 688 katon rokok pelbagai jenama. 
 
Manakala dalam insiden kedua, dalam usaha untuk menjejaki individu yang dipercayai melarikan diri itu, pihak polis telah membuat pemeriksaan di kawasan persekitaran dan lalu menemukan lagi sejumlah rokok dan minuman keras yang disembunyikan disebalik kepingan bekas atap yang tidak digunakan lagi di kawasan pondok ternakan yang dipercayai tempat penyimpanan barang-barangan tegahan. Pemeriksaan terhadap penemuan itu berhasil menemukan sejumlah 1045 katon rokok, 306 tin dan juga 90 botol minuman keras. 
 
Kesemua barangan tegahan dibawa ke Balai Polis Temburong untuk dijalankan siasatan awal dan kemudiannya kertas penyiasatan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut. 
 
PPDB akan sentiasa berusaha dalam mempertingkatkan kapabiliti dalam arena tugasan pengesanan dan siasatan dalam memastikan elemen-elemen jenayah dapat dibanteras dengan sebaiknya. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments