LIMAU MANIS, Rabu 14 Oktober – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) beserta agensi
penguatkuasa undang-undang yang lain sentiasa komited dalam usaha
membenteras, menjalankan risikan serta membuat pemantauan yang berterusan
ke atas sebarang kegiatan-kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan
sempadan Negara Brunei Darussalam.
Pada 14hb Oktober 2020, satu operasi “Task Force Sepadu Covid-19” di antara
Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei dijalankan dan telah berhasil menahan dua orang lelaki iaitu
seorang warga tempatan dan seorang lagi warga Malaysia di kawasan industri Kuala Lurah Limau Manis kerana dipercayai cuba menyeludup barang tegahan berupa rokok
ke dalam Negara Brunei Darussalam.
Kedua-dua suspek bersama rokok sebanyak 100 katon telah pun dibawa ke balai Polis
Limau Manis bagi siasatan awal. Kes ini akan di alih siasatan ke Jabatan Kastam &
Eksais Diraja bagi siasatan lanjut.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI