RABU, 14 Oktober - Penglibatan Pengawasan Kejiranan yang dikelola oleh Pasukan
Polis Diraja Brunei giat menjalankan program pendekatan serta rondaan bagi
melaksanakan inisiatif-inisiatif mencegah jenayah dan meningkatkan tahap
keselamatan kampung di negara ini.
Balai Polis Pusat BSB telah mengadakan permuzakarahan yang diketuai oleh
Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara, Penguasa Polis (SUPT) Pg
Muhaimin bin Pg Haji Mustapha bersama pegawai-pegawai dan anggota tadahan
Daerah Polis Brunei Muara ke rumah kediaman Yang Berhormat Awang Naim bin Haji
Kamis selaku Penghulu Mukim Kota Batu dan dihadiri bersama Ketua-Ketua Kg
Mukim Kota Batu.
Perisian yang dibincangkan merangkumi hal ehwal semasa dan perkembangan
kampung, kerjasama dalam penyaluran maklumat serta berkongsi pandangan dan
pendapat mengenai kepentingan keselamatan kampung masing-masing.
Di samping itu, usaha yang sama turut dijalankan oleh beberapa balai polis beserta
anggota balai yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis masing-masing dalam
program pendekatan ke rumah-rumah penghulu dan ketua kampung seperti di
Daerah Brunei dan Muara; Mukim Sg Kebun, Kg Lumapas A dan B, Kg Sungai Bunga,
Kg Panchor Murai, Kg Kiulap, Kg Menglait, Kg Bunut Perpindahan, Kg Pengkalan Batu,
Kawasan 3 RPN Rimba dan di Daerah Tutong; Kg Bukit Sulang, Kg Menengah
Lamunin, Kg Birau, Kg Bukit Beruang dan Daerah Belait; Rumah Panjang Teraja.
Bagi sama-sama menyahut program PK dalam rondaan pencegahan, balai polis di
seluruh daerah aktif menjalankan rondaan bersama ahli PK kampung masing-masing
terutama di kawasan perumahan, kawasan sekitar bangunan dan kampung yang
dipercayai menjadi sasaran kegiatan jenayah.
Rondaan akan sentiasa dijalankan secara berterusan dari masa kesemasa bersama
ahli-ahli PK bagi tujuan melahirkan persekitaran kampung atau tempat yang lebih
selamat. Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa bekerjasama dengan Pengawasan
Kejiranan dalam menaiktaraf strategi dan tindakan bagi membanteras kejadian
jenayah.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI