Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
KERETA DILARIKAN BERSAMA 3 PENUMPANG

​SUNGAI LIANG, Rabu 6 Jan - Sepasang suami isteri berdepan dengan detik-detik cemas apabila kenderaan mereka telah dilarikan oleh seorang individu yang tidak dikenali, dalam masa yang sama 3 orang anaknya masih berada di dalam kenderaan tersebut yang berlaku di hadapan sebuah kedai pasaraya di kawasan Lumut, Sungai Liang. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 5 Januari 2021 sekitar jam 11 malam tersebut, mangsa telah meninggalkan 3 orang anaknya yang berusia 4 hingga 10 tahun di dalam kenderaannya dengan enjin yang masih hidup bertujuan untuk membeli barang dapur di dalam kedai itu. 

Kereta mangsa yang dipandu suspek telah didapati memecut lari meninggalkan tempat tersebut dan kemudiannya berjaya dikesan oleh Keanggotaan Pasukan Polis Diraja Brunei di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. 

Kesemua mangsa di dalam kenderaan dalam keadaan selamat manakala suspek berhasil ditahan dan dibawa ke Balai Polis untuk siasatan lanjut. 

Suspek merupakan seorang lelaki, warganegara asing yang berumur 34 tahun. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menegaskan dan menyeru kepada orang ramai untuk sentiasa peka dan tidak sambil lewa akan akibat meninggalkan kenderaan mereka didalam keadaan enjin yang masih hidup walaupun dalam masa yang singkat. Sebaliknya perlulah berwaspada dengan mematikan enjin kenderaan dan membawa anak-anak mereka bersama. 

Jangan sesekali membiarkan mereka ditinggalkan tanpa sebarang pengawasan orang dewasa, jangan ambil mudah, ambil iktibar daripada insiden-insiden yang berlaku sebelum ini kerana bahaya datang tanpa diduga. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments