Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PPDB ADAKAN TAHLIL KUBAH MAKAM DIRAJA

​BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 7 Jan – Bersempena dengan penubuhan 100 Tahun, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Kubah Makam Diraja. 

Tetamu kehormat majlis pada petang itu Yang Mulia Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali. 

Turut hadir Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid beserta para pengarah, pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan awam PPDB. 

Bacaan tahlil di majlis tersebut dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Yang Mulia APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar. 

Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan salah satu acara yang telah disusun oleh pengurus bahagian keugamaan bagi menyemarakkan lagi sambutan penubuhan 100 tahun PPDB bagi tahun 2021.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments