Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
KEMALANGAN JALANRAYA MERAGUT NYAWA

​LAMUNIN, Selasa 30 Mac – Kejadian kemalangan jalan raya melibatkan dua (2) buah kenderaan telah berlaku pada pagi tadi dan telah meragut nyawa seorang pemandu lelaki warga emas berusia 78 tahun yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke rumah kediamannya di Kg Kiudang. 

Balai Polis Lamunin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada 30 Mac 2021 sekitar jam 08.35 pagi menyatakan ada kemalangan 2 buah kenderaan berlaku di kawasan Jambatan Simut, Jalan Padnunok, Kg Kiudang Tutong. 
 
Hasil siasatan awal ditempat kejadian mendapati kemalangan tersebut dipercayai pertembungan dua (2) buah kenderaan dalam arah yang bertentangan melibatkan 7 orang mangsa dan seorang daripadanya telah meninggal dunia. 
 
Mangsa yang meninggal dunia memandu berseorangan manakala kenderaan yang lain lagi seramai 6 orang dalam keadaan selamat dan masih dalam rawatan pihak hospital. 
 
Keanggotaan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut membantu mengeluarkan mangsa di dalam kenderaan berkenaan dan telah disahkan meninggalkan dunia oleh doktor bertugas di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB). 
 
Pihak Polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menegaskan kepada para pengguna jalanraya agar sentiasa peka akan had kelajuan yang dipandu dan sentiasa fokus dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap jalanraya dan kawasan persekitaran. 
 
Di samping itu, usaha akan sentiasa dikerah bagi memastikan kesedaran sentiasa dipupuk kepada orang ramai terhadap kepentingan menjaga keselamatan semasa pemanduan bagi mengelak daripada kecuaian yang berpunca daripada pemandu sendiri.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments