Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SERBUAN KEGIATAN TIDAK BERMORAL

​BRUNEI MUARA, Selasa 27 April - Seorang lelaki telah diberkas dalam satu serbuan pihak polis dari Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di sebuah rumah sewa di kawasan Simpang 118 Kg Kiulap kerana dipercayai terlibat memberikan perkhidmatan seks.  

Susulan pemeriksaan di dalam bilik sewa berkenaan juga telah menemui barang bukti seperti sejumlah wang tunai dipercayai terbabit dengan kegiatan tidak bermoral.    

Suspek merupakan seorang penduduk tetap berumur 40 tahun. Suspek dan kesemua barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.     

PPDB akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta tegas dalam menjalankan pembanterasan perlakuan yang tidak bermoral ini. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak terlibat mahupun terjebak dengan kegiatan ini kerana implikasinya merosakkan maruah diri, nilai tamadun dan nama baik negara. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments