Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PPDB KENDALIKAN MAJLIS KEBAJIKAN
GADONG, Rabu 28 April - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) terus mengambil berat tentang kebajikan dan prihatin kepada anak-anak yatim. Ini adalah bertujuan menjalankan amanah kita bagi meringankan serta membantu perbelanjaan anak-anak yatim di bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan sebelum menjelang hari raya aidilfitri. 
 
Seramai 106 orang anak-anak yatim dan seramai 24 orang anak cemerlang dari warga Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima sumbangan derma pada majlis yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong. 
 
Hadir menyampaikan derma-derma tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, Yang Dipertua PEKERTI. 
 
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid, para pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai dan anggota serta kakitangan awam PPDB. 
 
Majlis ini merupakan acara tahunan yang menyatukan rangkaian kerjasama di antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan Persatuan Perkumpulan Isteri-Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI). 
 
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Polis Gadong. 
 
Perlaksanaan amalan kebajikan ini sentiasa diteruskan setiap tahun bagi ganjaran pahala bekalan kita nanti di dunia dan akhirat.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments