TEMBURONG, Selasa 1 Jun - Sebuah kenderaan jenis salon bersama pemandu
berjaya ditahan kerana telah didapati membawa barangan tegahan hasil daripada
operasi sekatan jalanraya yang telah dijalankan di kawasan persimpangan Jalan
Bukok, Daerah Temburong.
Operasi berkenaan telah dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Bangar, Pasukan
Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama keanggotaan Pasukan Simpanan Polis ‘C’
Kompeni Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
(ABDB).
Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemukan barang tegahan iaitu 3 katon
rokok. Suspek merupakan seorang warganegara tempatan berumur 56 tahun dan
telah dibawa ke Balai Polis Bangar bagi menjalani siasatan awal sebelum diserahkan
kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi penyiasatan selanjutnya.
PPDB memohon kerjasama orang ramai bagi membantu pihak berkuasa dalam
memerangi jenayah penyeludupan serta mengongsikan apa jua maklumat berkaitan
aktiviti yang melanggar peruntukan perundangan melalui talian-talian kecemasan
pihak penguatkuasa undang-undang di negara ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI